Tuesday, 9 May 2017

PENGALAMAN KALI PERTAMA TEMUDUGA SPA

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Rasanya dah lama JS tak update blog JS ni. Fuh..fuhhh, berhabukk rasa hehehehehe. Korang apa khabar? Moga sihat selalu dan sentiasa di dalam lindunganNya.

Ok, entri kali ni JS nak ceritakan pengalaman JS temuduga SPA. SPA ni apa? SPA ni singkatan bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Adik adik lepasan SPM dan yang mana belum mohon, pergi ke laman web dia dan mohon. Mana tahu rezeki kenalah panggil temuduga.
Ok, nak dijadikan cerita, pada pagi yang sejuk di bawah selimut yang tebal, JS cuba lah cek emel untuk tengok samada Bank Rakyat dah hantar emel ke belum untuk tuntutan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) dan pada waktu yang sama emel daripada SPA ni muncul dan menyatakan “Sukacita dimaklumkan pihak tuan terpilih untuk menghadiri temuduga untuk jawatan Pembantu Hidupan Liar G19”

Untuk pengetahuan semua jawatan pembantu adalah untuk taraf SPM setaraf je. Kalau diploma penolong pegawai. Yelah, JS dah ada diploma tengah tunggu hari untuk present Latihan Industri je pastu habis diploma dan tunggu konvo bulan 9 tahun ni. Memandangkan jawatan tu adalah jawatan yang JS minat dan dah lama mohon sejak lepas habis SPM, jadi JS ambil keputusan untuk pergi ke temuduga tu. Tak kisahlah taraf SPM ke apa. Janji JS minat.

Temuduga akan berlangsung pada 2 Mei 2017 di UTC Ipoh. Sebelum tu JS memang study macam nak final exam je hahahahaha. Macam macam lah JS study dari segi Visi, Misi dan Objektif SPA, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Isu semasa dalam dan luar negara mengenai hidupan liar. Nama menteri semua. Memang JS kasi all out lah untuk interview ni.

Pada hari kejadian, JS gerak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi daripada Manjung. Ingat boleh lah sampai sebelum pukul 11 pagi. Sebab interview pukul 11 pagi. Rasa malang juga pada haritu sebab first sesat, jalan jam dan nak kejar masa. Berpeluh habis lah. Bau minyak wangi memang tak de bau dah. Nasib lah x semerbak sangat bau badan huh. JS sampai kat UTC dalam pukul 11.20 pagi. Dalam hati memang rasa tak senang duduk dah. Perasaan negative semua ada. Lepastu JS tanya salah sorang calon kat situ yang tengah study bagai. “Tumpang tanya, nak daftar kat mana?” dia balas kat kaunter tapi penjaga kaunter tak de. Haa sudah, dah tutup ke pendaftarn. Lagi lah risau tu menguasai diri. Dalam pukul 11.35 pagi ada seorang staff SPA panggil ada tak mana mana calon yang datang lagi? Haa lepas saja dari tu JS lega dah. Huh, syukur alhamdulillah. JS pun duduk kat kaunter tu dan serahkan salinan panggilan temuduga. Pastu dia kasi checklist untuk dokumen yang diperlukan. Dia suruh susun ikut checklist. Okay ni adalah turutan dokumen yang diperlukan:

1.      Resume bergambar
2.      Salinan IC
3.      Salinan sijil lahir
4.      Sijil SPM
5.      Surat berhenti sekolah
6.      Transkrip diploma/ijazah
7.      Salinan laporan penilaian pekerja (jika sebelum ni bekerja)
8.      Slip gaji (jika sebelum ni bekerja)

Hanya dokumen ni je yang bawa keluar. Sijil sijil lain tak perlu dan biarkan di dalam folder. Tapi kena bawa juga masuk sijil sijil lain sebagai sokongan dan sijil sijil asal. Nombor giliran JS 3020 no. sekarang 3017. Haa ada masa lagi nak tenangkan diri dan pergi tandas kasi hensem sikit, hilangkan peluh sikit. Rasa nervous tu ada biasalah manusia. Tapi kita jangan layankan. Tenangkan diri in syaa allah gugup tu hilang.

Tiba je giliran JS, JS pun dah ready dengan berkeyakinan tinggi lah masa tu. Hahahaha… Langkah awal, JS baca doa, ketuk pintu bilik temuduga tu dan lontarkan senyuman yang paling ceria lah JS pernah buat hahahahaha. JS serahkan semua dokumen kepada panel. Pastu panel pun suruh duduk, JS duduk lah dengan postur badan yang dah ready dan selesa. Dalam tu ada 2 orang panel. Seorang daripada Jabatan PERHILITAN dan sorang daripada SPA. Soalan pertama yang ditanya oleh panel. Sila perkenalkan diri anda. JS pun pekenalkan lah dengan berkeyakinan, simple dan padat.

Soalan kedua, sebelum ni dah banyak panggilan kenapa tolak? JS jawab, sebelum ni saya masih belajar. Saya mahu focus dahulu terhadap diploma saya. Ketiga, dia tanya kenapa pilih jawatan ini? JS jawab, sejak daripada sekolah menengah saya memang meminati dalam bidang hidupan liar so memang nak sambung dalam diploma perhutanan. Tetapi kelayakan untuk masuk ke diploma tersebut tak lepas. Jadi dengan adanya peluang ini saya harap saya dapat menjawat jawatan tersebut. Keempat, soalan mengenai kekuatan fizikal. Dia bertanya berapa jumlah beban yang pernah di pikul. JS jawab 10-20 kg. Tapi mereka cakap selalunya mereka akan pikul beban sebanyak 30kg untuk masuk ke dalam hutan. Hmm, soalan ni failed bagi JS. Seterusnya, kenapa kita perlu lindungi hidupan liar? JS jawab, pertama hidupan liar juga adalah ciptaan tuhan yang patut dilindungi. Kita mestilah menjaga kebajikan mereka di samping melindungi mereka daripada kepupusan daripada orang orang yang tidak bertanggungjawab. Soalan lain, macam mana nak membentuk satu pasukan yang kuat? Soalan ni macam soalan bonus je. JS jawab je lah sebab sebelum ni banyak join program uni dan kursus kepimpinan. Lepas tu dia tanya macam mana kita nak selesaikan masalah gajah memasuki kawasan masyarakat? Masa soalan ni JS punya jawapan meleret sikit sbb JS tak tahu jawapan apa dan tengah cari jawapan. JS taknak lah diamkan je dan buat macam kita ni tak tahu. JS cuba juga bagi pendapat, pada masa yang sama tiba tiba jawapan datang. JS pun cakaplah jawapan tu. Dan dia cakap haa itulah jawapan yang betul tapi panjang sangat penjelasan dia. JS senyum kerang. Akhir sekali, dia tanya, pointer masa diploma dah bagus dan kelayakan adalah over qualification untuk jawat jawatan ni. Dia cakap kalau mereka berikan jawatan ini adakah JS akan terima dan tolak tepi untuk sambung belajar dan terima dengan gaji yang ditawarkan? JS cakaplah sanggup. Mengenai sambung belajar tu, di dalam sector awam peluang untuk melanjutkan pelajaran cerah. Gituuu… Pastu habislah sesi temuduga untuk jawatan Pembantu Hidupan Liar G19. Aku cakap terima kasih dan jabat tangan dengan semua panel dan mereka cakap in syaa allah kalau ada rezeki dapat lah dengan senyuman yang manis dipandang.


Alhamdulillah, sekarang tengah tunggu keputusan interview tu. Hope sangat dapat. Hahahahaha. Walaupun apa yang aku study semua tak kena tanya. Jawapan yang diberikan semua daripada pengalaman dan hasil pembelajaran subjek geografi masa SPM dulu. Itu je JS nak kongsikan. Bye… Have a nice day.

4 comments:

  1. JS, sekarang ni mcm mana? Dapat tak jawatan ni? Kalau dpt kongsi lah kegembiraan anda bsama sy. Haha

    ReplyDelete
  2. Hi Fzmohamed, dekat setahun juga tak buka blog ni ye. Hahhaha malangnya jawatan tu JS tak dapat. Tapi JS ditawarkan bekerja di salah sebuah syarikat swasta dalam industry ayam daging. Alhamdulillah dah 1tahun lebih berkhidmat. Kalau berkesempatan JS akan kongsi pengalaman temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan yang akan berlangsung pada 22 November 2018 ni. Wish me luck!

    ReplyDelete
  3. Sekarang Mr JS dah ader kedai minyak wangi kan, tahniah! Hidup Bliese..

    ReplyDelete
  4. Mr Js , nk bertanya sedikit .. Untk jawatan pembantu hidupan liar ni .. Slps ujian fizikal , mmg wajib akn ad temuduga berhadapan ke ?

    ReplyDelete